ambidextrous | |
Definition: | Able to use both hands with equal facility. |
Synonyms: | two-handed |

Friday, May 14, 2010
Air Jampi - Kajian Saintifik
Walaupun kaedah berubat dengan air jampi adalah salah satu daripada cara perubatan Islam tetapi para ulama telah sepakat mengatakan tentang harus melakukan jampi menjampi jika berhimpun padanya tiga syarat berikut BR>
1) Bahawa kalimah jampi itu mestilah terdiri dari Firman Allah SWT atau nama-namaNya ataupun sifat-sifatNya.
2) Sebaik-baiknya didalam bahasa Arab, ataupun sebarang bahasa yang boleh difahami maksudnya.
3) Hendaklah dia menyedari dari segi kepercayaan "aqidah" bahawa "jampi" tidak memberi apa-apa kesan. Kesan yang berlaku adalah takdir dan ketentuan Allah SWT jua.
Elok benar sekiranya para sahabat dapat membaca buku "Berubat Dengan Al-Quran" oleh Ustaz Muhammad Ibahim Salim alihbahasa oleh Ustaz Abdul Aziz @ Ahmad bin Mohd dan buku "Konsep Perubatan Islam" oleh Utz. Danial Zainal Abidin untuk mendapat maklumat lengkap.
Inilah antara suntingan artikel yang penulis terima untuk maklumat para sahabat sekelian.
"... ... Apa yang ingin aku paparkan disini, ialah bukti penemuan hasil kajian saintifik oleh Dr. Masaru Emoto seorang "pakar air" dari Jepun. Halis kajian ini, secara tak langsung menolak kata-kata jahil mereka yang tidak mempercayai konsep perubatan dalam Islam yang mempercayai dengan keizinan Allah SWT air penawar yang dibacakan ayat suci Al-Quran boleh menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.
Penemuan oleh Dr. Masaru Emoto ini sungguh menakjubkan. beliau membuktikan bahawa susunan molekul-molekul air boleh berubah mengikut apa yang diucapkan ke atas air tersebut.
Ustaz Abdullah Mahmud yang pernah berceramah di Surau Wisma Telekom Semarak, pada tahun lepas pernah menceritakan penemuan ini. Beliau memaklumkan bahawa beliau telah mengikuti satu seminar yang disampaikan oleh seorang pakar air dari Jepaun di Hotel Istana. Dalam seminar itu, mereka telah di tunjukkan melalui slaid, contoh-contoh air yang di lihat daripada mikroskop khas. Sumber air ini di ambil daripada laut, sungai, empangan, perigi dan sebagainya. Ada pelbagai bentuk, daripada rupa cantik bercahaya seolah-olah seperti berlian hinggalah ke 'hodoh dan mengerunkan' seperti rupa jin bertelinga besar, bertanduk dan sebagainya.
Suatu ketika apabila di tunjukkan "rupa air yang cantik bercahaya", molekulnya tersusun cantik, seperti berlian bersegi-segi, bersinar-sinar, berwarna-warni melebihi 12 warna, para hadirin telah di soal pakar air tentan asal usul sampel air itu. Salah seorang hadirin meneka, itu mungkin air zam-zam. Sememangnya telah disahkan benar oleh pakar air tersebut.
Kemudian beberapa hadirin di pilih untuk membuat kajian. Di atas pentas, mereka di kehendaki membacakan sesuatu ke atas air mineral masing-masing. Lalu salah seorang hadirin di kehendaki menunjukkan hasil kajiannya. Apabila di tunjukkan di skrin kelihatan molekul air itu membentuk seolah-olah seperti tokong cina (dengan janggut yang panjang dan perut buncit).
Apabila tiba giliran Ustaz Abdullah, air tersebut di bacakan surah Al-Fatihah, Selawat dan ayat Kursi, maka apabila dipaparkan di skrin kelihatan molekulnya seperti berlian yang berkilau-kilau, cantik bercahaya. Kemudiannya beliau di suruh membaca sebarang ayat atau kata-kata yang tidak elok, maka ternampaklah di skrin molekul air itu berubah menjadi seperti sel-sel barah.
Banyak hadis dan ayat-ayat Al-Quran yang menceritakan fenomena ini. Dengan keizinan Allah SWT, air mampu menyembuh dan memudaratkan seseorang, kerana dalam Islam ada kaedah-kaedah tertentu yang menggunakan air, untuk berikhtiar mengubati penyakit. Salah satu daripadanya menggunakan air penawar, atau dalam bahasa mudahnya air jampi. Seperti mana yang pernah di amalkan Rasulullah SAW dan diikuti oleh ulama-ulama Islam dan pengamal perubatan yang lain... . "
Read more >>http://www.wellnessgoods.com/messages.asp
Saturday, September 12, 2009
Al-Fatihah
In other words a muslim talks to god five times a day. One before the break of dawn, one in the afternoon, evening, the interchange between dawn and night and one before you sleep. And in each of this prayer Al Fatihah is recited. Some of you non muslims may have seen that muslims pray in masses which is lead by a person we call Imam. In Islam though doing the prayer in Jamaah (in gorups or together) are very much celebrated the prayer itself is quite personal.
You see,
When a muslim prays he recites the verses himself, In other words he is the one who talks or convey his message to his or her creator. It is a very personal thing, though a prayer in Jamaah is being lead by an Imam in the end there is no medium between you (a muslim) and god. There is no third party when it comes to prayer because in Islam you pray to Allah (god) and only to Allah you may seek forgiveness, assistance and submission. Because at the end of the day, Allah will judge you and all of the things that you do while you were alive. In the end no family members, spouse, Imam, friend or anyone else are to answer for your deed, you are to be responsible for what you did.
Now if you look at Al Fatihah
1:1 بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيم
Bismillāhi r-raḥmāni r-raḥīm
In the name of Allah, the Beneficent, the Merciful.
1:2 الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِين
Al ḥamdu lillāhi rabbi l-'ālamīn
All praise is due to Allah, the Lord of the Worlds.
1:3 الرَّحْمـنِ الرَّحِيم
Ar raḥmāni r-raḥīm
The Beneficent, the Merciful.
1:4 مَـالِكِ يَوْمِ الدِّين
Māliki yawmi d-dīn
Master of the Day of Judgment.
1:5 إِيَّاك نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِين
Iyyāka na'budu wa iyyāka nasta'īn
Thee do we serve and Thee do we beseech for help.
1:6 اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ
Ihdinā ṣ-ṣirāṭ al mustaqīm
Keep us on the right path.
1:7 صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّين
Ṣirāṭ al-laḏīna an'amta 'alayhim ġayril maġḍūbi 'alayhim walāḍ ḍāllīn
At the first few verses of the Al Fatihah it seems as if it is written as a tribute, praise or the definition of god. But as the verses goes on it seems that it is actually more of a prayer. It started with an address to Allah or god who is the master of the worlds, in other words the ulmiate being, the one god. Who is also gracious and merciful and will be the one that judges our deeds at the day of reckoning. Interestingly this prayer begins with the definition of god and because of that very definition is why a muslim seek help, pray and ask for assistance to Allah god and not to anyone else. And that in this prayer a muslim do not ask for any specific assistance (health, wealth or love) rather that it's like a simple request of asking god to help us in making the right decision and doing the right thing... Because as life goes on we are not really sure what may come by thus the best thing we can hope and ask for is that no matter what challenges may lay ahead, we will take the right action and do the right thing.
1:6 اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ
Ihdinā ṣ-ṣirāṭ al mustaqīm
Keep us on the right path.
1:7 صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّين
Ṣirāṭ al-laḏīna an'amta 'alayhim ġayril maġḍūbi 'alayhim walāḍ ḍāllīn
The path of those upon whom Thou hast bestowed favors. Not (the path) of those upon whom Thy wrath is brought down, nor of those who go astray.
Sunday, August 2, 2009
ALLAH is miracle
Recently, a friend that I haven't seen for 20 years drop a message to my email... It was a if HE answered my prayer.
When I started blogging.. I prayed to HIM that I would like to be contacted by any of my friends.. especially this friend of mine; who are always close to my heart. And out of the blue on 29th of July...... miracle happened..
Alhamdulillah....
p/s: Infact, last night.. I met with two of my school days' friends whom I haven't met since form 5.
Saturday, August 1, 2009
Larangan melintas di hadapan orang sembahyang
dan menurut hadis yang lain ......
"Maka janganlah MEMBIARKAN seseorang lalu di hadapannya. Jika orang yang lalu itu MEMBANGKANG , maka hendaklah ia MEMERANGINYA, kerana sesungguhnya BERSAMA orang yang lalu itu adalah SYAITAN......." hadis riwayat Bukhari & Muslim.....
penjelasannya ?.. DISUNATKAN kepada setiap orang yang hendak sembahyang untuk membuat batas tempat sembahyangnya dengan menghadap pada tembok atau kayu yang panjangnya sekitar tiga suku hasta. Selain itu boleh juga meletakkan sesuatu atau membentang sejadah malah boleh juga dengan membuat batas atau garis pembatas sebagai tempat sembahyang. Maksudnya supaya ketika sembahyang tidak ada orang yang lalu dihadapannya kerana lalu di hadapan orang yang sedang sembahyang hukumnya HARAM. Orang itu harus DITOLAK .
dan ?.. Bagi orang yang mengetahui atau orang yang sedang sembahyang itu sendiri, disunatkan MENOLAKNYA dengan gerakan yang tidak sampai MEMBATALKAN sembahyangnya?. dan ?.. Dalam sembahyang BERJEMAAH, setiap BARISAN adalah pembatas bagi yang ada di belakang ??
Dosa berkuku panjang
The Truth
Jangan simpan kuku panjang walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking.
Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.
Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka melepak sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala. Percayalah.
Pasal tabiat berkuku panjang inilah yang membuatkan orang Melayu mundur dan tidak berjaya. Syarikat Melayu yang bangkrap dan rugi teruk adalah kerana mempunyai pekerja dan pemilik yang berkuku panjang.
Untuk yang bujang beringatlah. Kalau hendak cari pasangan dan hendak anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.
And additional info, kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri.
Bahayanya kartun Pokemon
Situasi ini bertambah parah dengan adanya versi pek syaitan, yang banyak mengandungi babak-babak yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam. Malahan ensiklopedia awam wikipedia telah membuang banyak animasi Pokemon, atas alasan yang lebih kurang sama dengan kerajaan Arab Saudi Merujuk kepada email yang ada di blog Darul Numan, Perkataan-perkataan itu adalah dalam bahasa Siryani (lughah siryaniiyah).
contohnya:
• POKEMON – saya yahudi
• CHARMANDER – ALLAH itu lemah…(Subhanallah!)
• PIKACHU – jadilah seorang yahudi..
Tetapi mereka menafikan nama-nama itu adalah bersandar bahasa Sirvani tetapi ia adalah dalam bahasa Inggeris, katanya;
Pocket bermaksud saku disingkatkan menjadi Poke dan Mon adalah singkatan daripada Monster, lalu menjadi Pokemon. Lantaran itu Pokemon bermaksud raksasa-raksasa kecil dapat dimasukkan ke dalam poket atau saku.
Untuk nama Pikachu yang merupakan tokoh termasyhur dalam kartun ini, juga terbentuk dari dua patah perkataan : (Pika) dalam bahasa Jepun memberi makna bersinar. Sedangkan kata (Chu) merupakan ungkapan tentang suara-suara yang keluar dari mulut tikus. mengapa dinamakan Pikachu ? Sebabnya ia kelihatan seperti tikus yang bersenjatakan panahan petir.
Manakala kata (Charmander) menunjukkan makna : api yang menyala/membakar. Diambil dari kata bahasa Inggeris (Char). Sedangkan kata (Amander) adalah sebuah kata yang memberikan isyarat pada seekor binatang seperti cicak yang mempunyai api menyala.
Keterangan ini diterangkan oleh Atase Kebudayaan Jepun di Yordania : Kuji Taharo, sebagaimana yang ditulis oleh surat khabar Yordania ar-Ra’yu pada tarikh 4/4/2001.
Majalah New York Times pada tarikh 26 Mac 2001 menjelaskan ungkapan wakil produser kartun ini di Tokyo yang identitinya disembunyikan, ia menafikan penggunaan syiar-syiar keagamaan dalam produk-produknya.
Dari penafiannya ini, saya ada beberapa persoalan yang menerjah di benak fikiran iaitu,
1. Kenapa tidak namakan sahaja pocketmon, perkataan Pokemon hanya menggugurkan 2 huruf sahaja C dan T.
2. Mon adalah singkatan bagi monster yang bermaksud raksasa, pendapat peribadi saya, raksasa adalah haiwan ganas dan jahat yang besar ataupun sekurang-kurangnya sama besar manusia dan haiwan kecil tidak layak dipanggil raksasa. Dalam cerita kartun tersebut haiwan tersebut lebih kurang sebesar kucing aje yang dapat di kendung. Jinak pulak tu. Ada ke raksasa jinak dan baik?
3. Jika perkataan chu adalah bunyi bagi tikus, saya tidak pernah mendengar tikus berbunyi ‘chu’ tetapi bunyinya ‘chit-chit ‘ kerana itulah dalam bahasa Melayu, anjing menyalak dan tikus berdecit
4. Cuba perhatikan perkataan Poke dan Pika, bukankan ia kelihatan sama, memang ada beberapa bahasa jika ia bersambung dengan lain- lain perkataan ia akan berubah sikit terutama bahasa Arab. Dan tidak mustahil dalam bahasa Siryani ia memberi maksud Yahudi, Pokemon – Saya Yahudi , Pikachu – Jadilah Seorang Yahudi..
5. Jika digabungkan Char dan armander bukankah ia menjadi Chararmander, bukannya Charmander. Bila saya taip armander dewan eja pro tak ada pulak maksud arahan atau isyarat, tiada maksud apa-apa. Arahan dalam bahasa Inggeris command ataupun order manakala isyarat signal ataupun gesture.
6. Isu ini isu hangat ataupun isu besar dunia yang boleh membuat kerugian jika banyak negara Islam melarang kartun ini, kenapa identiti produser perlu dirahsiakan sepatutnya ia yang menjelaskan perkara ini bukannya wakilnya ataupun orang lain. Berani kerana benar.
7. Jika benar ia tiada kena mengena mana-mana agama kenapa wujud stars of david ataupun ada versi syaitan. Bukankah syaitan ini tidak dapat di lihat tetapi dipercayai wujud oleh agama-agama samawi.
Persoalan ini memberikan gambar wujud dalang di balik tabir
Dengan siapa kamu duduk
Barang siapa yang duduk dengan lapan macam manusia akan ditambah Allah baginya lapan corak hidup:
1. Barang siapa suka duduk berserta orang kaya, akan ditambah Allah kecintaannya kepada dunia dan keinginan kepadanya.
2. Barang siapa suka duduk berserta orang miskin, akan dijadikan Allah baginya kesukaan bersyukur dan redha menerima pembahagian yang ditentukan Allah.
3. Barang siapa suka duduk dengan Sultan (Pemerintah Negara), akan ditambah Allah kasarnya dan sombongnya.
4. Barang siapa suka duduk dengan perempuan, (bukan muhrim) akan ditambah Allah bodohnya dan syahwatnya.
5. Barang siapa suka duduk bersama kanak-kanak, akan ditambah kesukaannya bermain-main dan bersenda gurau.
6. Barang siapa suka duduk dengan orang fasiq, akan bertambahlah beraninya berbuat dosa dan menunda-nunda taubat.
7. Barang siapa suka duduk dengan orang-orang soleh, akan bertambahlah keinginannya untuk taat.
8. Barang siapa suka duduk dengan para ulama' maka bertambahlah ilmu dan waraknya
Potensi kehebatan kurniaan Allah
Tanah yang luas..diberi potensi menumbuhkan pokok - pokok yang menjadi perlindungan
Terdapat makhluk... diberi potensi ..
- berenang di sungai lautan
- hidup di daratan, di padang pasir, di tengah hutan
- hidup di dua alam, di air dan daratan...
- terbang di awan...
- kuat tenaga fizikal
- kuat deria melihat
- kuat deria mendengar
- kuat deria menghidu
- berbisa...
- sebagai Khalifah
- sepasang otak geliga
- bukan ikan - boleh berada di dasar laut
- bukan burung - boleh terbang di angkasa raya
- bukan cacing - boleh berada di perut bumi
- manusia meramal - kaji cuaca
- manusia merekacipta - alat-alat bertenaga
- membolehkan mata - melihat kuman
- membolehkan telinga - mendengar suara dari seluruh pelusuk dunia...
Ancaman babi terhadap dunia
Daripada kenyataan tabib terkenal cina ini dapat kita rumuskan bahawa bahaya yang menimpa manusia dari makan daging babi kepada 3 iaitu serangan pada sistem pembiakan, sakit tulang merujuk kepada tubuh badan mankala asma menerangkan serangan kepada sistem pernafasan kita. Perlu kita ketahui lazimnya pengidap penyakit asma di dahului atau bersama- sama dengan batuk dan selesema.
Dalam sejarah dunia, penyakit yang berpunca daripada babi seperti cacing, JI dan flu atau selsema telah bebeberapa kali menyerang umat manusia. Sebagai contoh, pada abad kedua puluh, terutamanya di sekitar tahun 50an, dunia dikejutkan dengan cacing trichina dari babi yang menjadi penyebab kepada penyakit trichinusis. Tidak ada ubat yang boleh membunuhnya ketika itu. Di Amerika, amaran terpaksa dikeluarkan tentang bahaya memakan daging babi, sebagai contoh, amaran yang dikeluarkan oleh Dr. Glen Shepard dalam Washington Post bertarikh 31 Mei 1952.
Pada hari ini, masalah trichinusis telah dapat diatasi namun virus flu yang lebih berbahaya yang boleh menyebabkan wabak yang membunuh di seluruh dunia. Antaranya;
Pada tahun 1918, ia di kenali sebagai Spanish flu atau (H3N2). ia merupakan wabak yang paling teruk dalam sejarah dunia moden Mengikut beberapa kajian, kuman virus yang menyebabkan wabak ini datang dari babi-babi di Amerika. Ia menjangkiti tentera-tentera Amerika pada Perang Dunia I dan tentera-tentera ini kemudiannya membawa dan menyebabkan jangkitan di negara-negara lain. Jangkitan kuman virus influenza ini, telah membunuh lebih kurang 20 juta manusia di seluruh dunia. Malahan ada yang menganggarkan mangsa-mangsanya yang sebenarnya berjumlah 40 juta orang. Di ikuti dengan Asian flu pada tahun 1957, Hong Kong flu 1968 dan Russian flu pada tahun 1977.
Penemuaan yang mengejutkan telah dilapurkon oleh Journal of Virology 1997, kajian yang dilakukan oleh 12 orang pakar-pakar sains yang dipimpin oleh Dr. Yoshihiro Kawaoka dari Universiti Wisconsin. Penemuan mereka jelas menunjukkan pada kerongkong babi terdapat sel-sel tertentu yang mampu mengubah pelbagai kuman virus yang biasanya tidak menjangkiti manusia akan bertukar menjadi kuman yang berbahaya,menjangkiti dan membunuh manusia, lebih membimbangkan lagi, menurut . Dr.Virginia Hinshaw, Dekan di Graduate School Universiti Wisconsin-Madison, sistem pertahanan manusia tidak mampu menangkis serangan dari virus-virus ini.
Sebagai bukti yang hampir dan jelas seperti kenyataan yang dibuat oleh Profesor Robin Weiss, seorang pakar dalam bidang virologi dari Institut Kajian Kanser, London, berkata pada babi wujud retrovirus dari keluarga yang sama dengan kuman HIV. . Ia tidak dapat dibuang atau dipisahkan dari babi kerana ia dibawa oleh benih DNAnya.
Merujuk kepada kenyataan pakar-pakar sains yang menganggap babi sebagai mixing vessel atau ‘tempat pelbagai kuman bertakung sebelum diubah ke bentuk yang berbahaya.’dan juga kenyataan DR Virgina Hinshaw, menurut pandangan peribadi saya, tidak hairanlah kuman HIV yang wujud sekarang ini adalah dari retro virus yang wujud pada babi yang telah dimutankan
Selain daripada itu, Daniel S. Shapiro, M.D., Pengarah Clinical Microbiology Laboratories, Boston Medical Center, Massachusetts dan juga merupakan Penolong Profesor Perubatan di Pathology and Laboratory Medicine, Boston University School of Medicine, Massachusetts, merumuskan terdapat lebih daripada 25 penyakit yang boleh di jangkiti dari babi. Ada di antaranya penyakit-penyakit ini berkebolehan membunuh kita seperti :influenza dan leptospirosis. Ia boleh menyebabkan kerosakan hati dan buah pinggang. Penyakit- penyakit tersebut ialah;
1. Anthraxc
2. Ascaris suum
3. Botulism
4. Brucella suis
5. Cryptosporidiosis
6. Entamoeba polecki
7. Erysipelothrix shusiopathiae
8. Flavobacterium group IIb-like bacteria
9. Influenza
10. Leptospirosis
11. Pasteurella aerogenes
12. Pasteurella multocida
13. Pigbel
14. Rabies
15. Salmonella cholerae-suis
16. Salmonellosis
17. Sarcosporidiosis
18. Scabies
19. Streptococcus dysgalactiae (group L)
20. Streptococcus milleri
21. Streptococcus suis type 2 (group R)
22. Swine vesicular disease
23. Taenia solium
24. Trichinella spiralis
25. Yersinia enterocolitica
26. Yersinia pseudotuberculosis
Pada tahun 1997, ahli-ahli sains menemui telah menemui beberapa kuman virus lagi keluaran babi yang boleh menjangkiti manusia. Kuman-kuman ini belum pernah ditemui sebelum ini, antaranya ialah,
27. Porcine Torovirus.
28. Porcine Rotavirus (Variant 4F).
29. PRRS (Porcine Reproductive and Respiratory Syndrome Virus).
30. H3N2 Swine Flu Virus.
31. retroviruses PERVS – Virus ini membiak di dalam tabung uji yang mempunyai sel-sel buah pinggang manusia dan ia merebak melalui cecair yang ada pada tubuh manusia dan ini menyebabkan ia mudah menjangkiti orang lain. Dengan penemuan ini, Kerajaan British mengharamkan kesemua aktiviti pembedahan pemindahan alat / organ dari babi kepada manusia.
32. virus menangle dari kumpulan paramyxovirus, virus baru yang belum pernah ditemui oleh pakar-pakar sains dari Australia pada Ogos 1997
Dan kini virus H1N1 atau dikenali juga selesema babi, satu lagi penyakit yang dibawa oleh virus babi menyerang dunia dan apabila Allah mengharamkan sesuatu, ia pastinya suatu yang keji dan memudaratkan. Seperti mana firmanNya di dalam Al-Quran: “Sesungguhnya Allah mengharamkan kepadamu bangkai, darah dan daging babi.” (Surah Al-Baqarah ayat 173). Dengan artikel ini menjawab segala persoalan yang sering dilontarkan ke Internet, kenapa Allah mengharamkan babi dimakan oleh umatnya
Penyakit yang dibawa oleh babi telah diketahui sebanyak dinasti Tang dan Ming dan beberapa rentetan sejarah moden membuktikan ia membawa bencana kepada umat manusia, persoalannya kenapa masih diternak secara besar-besaran sebagai contoh di Perancis sahaja jumlah penternak babi mencapai lebih dari 42.000 orang, bagaimana dengan jumlahnya di negara cina, Thailand dan juga di Malaysia sendiri. Jika tidak mendapat sambutan di pasaran bagaimana mereka boleh menternak babi, Persoalannya, bukankah 2 per 3 negara di dunia ini negara Islam ke manakah ia dipasarkan?
Perlu anda ketahui bahawa dalam ajaran Yahudi, babi adalah Taboo, pantang ataupun di larang seperti mana agama Islam. Dan cuba renung- renung kembali pada penyakit-penyakit baru seperti H1N1, Ebola, SARS, Selesema burung (dari kajian punca virus di kandang yang pengusahanya menternak babi dan ayam) dan sebagainya.
Solat dalam sudut pandangan sains
Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.
Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita.
Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu setelah menjalankan aktiviti seharian. Oleh itu cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.
Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda professor ini mengapa Islam mensyariatkan solat berjemah dan mengapa solat lima waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama.
Hasil kajiannya mendapati bilangan rakaat yang berbeza dalam solat kita bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita. Semasa kita solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki. Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa solat berjemaah itu mempunyai berbagai kelebihan.
Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan - sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.
Menurut beliau lagi, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan merasa segar dan sihat setelah berehat berapa jam. Ketika ini tubuh kita mengandungi cas-cas positif dan negatif yang hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan 2 rakaat.
Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat dan memerah otak semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh. Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas berkenaan. Sebab itu, solat Zohor didirikan 4 rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dakam tubuh.
Situasi yang sama turut berlaku di sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak. Seperti mana solat Zohor, 4 rakaat solat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.
Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang dari kerja kita tidak lagi melakukan aktiviti-aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama. Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak 3 rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yng kurang berbanding 2 waktu sebelumnya.
Timbul persoalan di fikiran professor itu tentang solat Isyak yang mengandungi 4 rakaat.Logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak.
Setelah kajian lanjut, didapati terdapat keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan 4 rakat dalam solat Isyak. Kita sedia maklum, umat Islam amat digalakkan untuk tidur awal agar mampu bangun menunaikan tahajjud di sepertiga malam. Ringkasnya, solat Isyak sebanyak 4 rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun malam (qiamullail).
Dalam kajiannya, professor ini mendapati bahawa Islam adalah satu agama yang lengkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmah yang tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri. Beliau merasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk agama Islam.
Allahuakbar.... Betapa agongnya kau ya.. ALLAH
Teknik belajar cara Nur Amalina
"Saya tidak memaksa diri saya mengingati sesuatu fakta dalam setiap mata pelajaran. Saya menjadikan belajar itu suatu aktiviti yang menyeronokkan. Sebab itu saya tidak berasa letih walaupun menghabiskan masa yang panjang untuk mengulangkaji."
Bagaimana Menguasai Kesemua 17 Mata Pelajaran?
"Daripada sepuluh mata pelajaran saya belajar di sekolah dan kelas tambahan di luar bagi subjek tertentu, hanya satu mata pelajaran, iaitu Prinsip Akaun, saya pergi tuisyen kerana perlu memahami konsepnya. Yang lain saya belajar sendiri di rumah. Jika saya tidak faham saya akan berjumpa guru yang boleh membimbing subjek berkenaan."
Tip Mengingati Formula & Fakta
- Buat nota ringkas
- Lukis peta minda apabila mengulangkaji atau mempelajari tajuk bar
- Wujudkan kata kunci.
- Buat banyak latihan berhubung sesuatu formula hingga terbiasa.
- Banyak latih tubi membuatkan lama-kelamaan mudah untuk mengingati.
- Ulangkaji di rumah secara berterusan
- Tumpu perhatian penuh di dalam kelas.
- Berfikiran positif.
- Fikir perkara berfaedah sahaja.
- Elak berfikir perkara yang memesongkan dan merosakkan minda.
- Elak makan makanan yang mengandungi banyak bahan kimia seperti makanan ringan dan makanan segera.
- Jangan minum minuman bergas.
Menghafal atau Memahami
"Ramai orang yang silap anggap. Saya tidak pernah menghafal mata pelajaran membabi buta. Waktu mengulangkaji saya fahamkan sesuatu konsep itu terlebih dahulu. Faham lebih penting. "Saya memahami konsep dan idea sesuatu topik itu. Apabila telah faham mudahlah untuk ingat. Hafal tanpa faham seolah-olah kita belum mendapat apa-apa ilmu."
Langkah Mengulangkaji
- Saya menyemak sekali lalu bab yang saya hendak ulangkaji.
- Saya membaca tajuk besar terlebih dahulu.
- Kemudian saya membaca tajuk-tajuk kecil
- Lepas itu saya meneliti dan cuba memahami gambar, gambarajah, ilustrasi dan jadual yang tertera di dalam bab tersebut.
- Apabila telah mendapat gambaran tentang sesuatu tajuk itu barulah saya meneliti isinya secara detail
- Saya tandakan isi-isi penting dengan highlighter di buku teks atau saya buat peta minda dalam buku nota khas.
- Saya cari atau saya reka sendiri kata kunci.
- Pada masa yang sama saya mengingat.
- Saya mencipta kaedah saya sendiri untuk mengingati sesuatu yang sukar dan kompleks.
- Ulangkaji awal, jangan tunggu hingga saat terakhir sebelum peperiksaan.
Kaedah Memahami
- Fahami sesuatu konsep itu secara menyeluruh terlebih dahulu.
- Setelah faham barulah mudah mengingat data dan menghafal.
- Menghafal membuta tuli belum tentu dapat atau faham.
- Gambarkan apa yang dibaca di dalam minda.
- Minda kita hendaklah sentiasa bersedia menerima perkara baru yang dipelajari.
Study Hard atau Study Smart?
Study hard ialah menggunakan masa yang lama dengan susah payah untuk memahami sesuatu topik. Study smart pula ialah memahami sesuatu topik dengan pantas dan selebihnya menggunakan minda untuk memberi hujah dan penjelasan. Study hard dan study smart sama penting. Kalau boleh kita hendaklah study hard dan study smart! 'Dan' bukan 'atau'.Jangan belajar last minute. Belajar last minute akan menyebabkan anda terpaksa study hard dalam ertikata yang lain. Kalau anda belajar dan mengulangkaji awal, anda mempunyai masa yang panjang dan selesa untuk study smart. Bagaimanapun korbankan banyak masa jika anda mahu cemerlang. Minta bantuan guru apa-apa yang tidak difahami.
Tetapkan Teknik Belajar
"Belajarlah mengikut kaedah yang anda rasa berkesan. Anda sendiri akan merasa kesannya apabila berjaya menjawab soalan di dalam peperiksaan dengan senang dan mendapat keputusan yang cemerlang
Peranan Soalan Ramalan dan Soalan Tahun-tahun Lepas
" Soalan Ramalan selalunya dihasilkan setelah pembuat soalan menjalankan analisis yang teliti tentang pattern dan kekerapan sesuatu topik itu keluar. Soalan ramalan juga mendedahkan topik-topik penting. Menjawab soalan ramalan adalah suatu latihan bermanfaat. Cuma pelajar jangan mengharap 100% kepadanya.""Soalan tahun-tahun lepas adalah himpunan kertas peperiksaan sebenar. Ini mendedahkan pola sebenar peperiksaan. Dari soalan tahun-tahun lepaslah terbentuknya soalan ramalan."
Pentingnya STUDY GROUP
" Di sekolah, saya ada study group sendiri. Kami semuanya gigih belajar, mengulangkaji dan berbincang. Apabila guru tidak mengajar kami akan berbincang di dalam kelas. Pada masa-masa lapang yang lain kami akan berbincang di kantin, di taman atau di pusat sumber." Kumpulan belajar mencetuskan pertukaran pendapat dan perbincangan yang mantap. Perbincangan menghasilkan pemahaman yang mendalam. Kami bergilir-gilir mengepalai perbincangan sesuatu topik." Di dalam sesi study group kita hendaklah segera bertanya apa yang tidak difahami. Kita juga harus mengakui kelebihan orang lain." Suatu perkara yang kami sentiada pegang ialah: Tidak lari dari topik perbincangan dan tidak terlalu banyak bermain dan ketawa. Ini dilakukan dengan menetapkan sesuatu objektif yang hendak dicapai di dalam jangka masa yang ditetapkan."
Peranan Nota
- Paling banyak membantu pembelajaran, jadi beri keutamaan.
- Mengelakkan membaca buku teks yang tebal.Mengukuh kefahaman.
- Pembelajaran yang cepat dan tangkas kerana dibuat dengan mengambil isi-isi penting sahaja.
- Membantu ulangkaji seimbas lalu menjelang peperiksaan.Mudah menghubungkaitkan sesuatu topik atau peristiwa dengan yang lain.
- Ketika menyediakan nota, bina kata kunci dan hafal kata kunci tersebut supaya mudah dihubungkaitkan dengan fakta yang lain.
- Recall kata kunci dari nota ketika membuat esei atau menjawab soalan peperiksaan.
Peranan Peta Minda
" Peta minda ialah sejenis nota yang paling berkesan. Bina peta minda mengikut teknik yang diajarkan pada anda supaya berkesan. Selalunya peta minda dibina ketika anda belajar atau mengulangkaji untuk memahami urutan, proses dan peristiwa."" Membina peta minda akan mengelakkan anda dari mengantuk. Gunakan warna atau dakwat yang berlainan untuk menarik perhatian ketika belajar. Ini akan merangsang otak kanan untuk mengimbangi tugas otak kiri yang letih mengingat."" Ketika mengulangkaji pula, peta minda mempercepatkan proses mengulangkaji dengan berkesan kerana sifatnya yang ringkas, padat dan mengikut turutan atau aliran. Banyakkanlah menggunakan peta minda menjelang peperiksaan."
Saturday, July 25, 2009
Hakikat Sebenar Surat Berantai. Sila Baca...harap menjadi panduan
Soalan 1
Ustaz, saya ada menerima surat berantai yang pada amnya mengajak kita bertakwa kepada Allah. Tetapi di akhir surat itu ada diceritakan berkenaan kisah orang yang mendapat bala kerana tidak menyebarkan sebanyak 20 salinan kepada orang lain. Apa pandangan ustaz?
Soalan 2
Baru-baru ini saya ada menerima e-mail yang mengandungi surat berantai. Di dalamnya menceritakan tentang wasiat seorang alim dari Madinah. Di akhir surat tersebut di suruh sesiapa yang membacanya supaya disampaikan kepada orang lain sebanyak 20 salinan dalam masa 2 minggu.. Sekiranya dilakukan akan dikurniakan oleh Allah sesuatu hajat atau niat.. Dan apabila tidak dilakukan akan terjadi sesuatu perkara yang buruk. Apakah hukumnya mempercayai surat ini?
Dahulu ia diedarkan dengan membuat salinan Photostat tetapi kini ia diedarkan melalui internet. Mungkin pihak AnNur dapat memberikan jawapan yang tepat kepada masalah ini supaya saya dapat edarkan kepada rakan-rakan saya yang masih mengedarkan risalah ini.
Jawapan
Setelah diamati, ada beberapa perkara yang boleh dikupas dari surat itu. Pertama dari segi isi. Kebatilannya terbukti apabila surat ini mendakwa Sheik Ahmad bertemu Rasululllah (s.a.w) dalam mimpi dan memberi pesanan kepadanya. Seolah-olah Rasululllah SAW belum selesai tablighnya. Kita ketahui bahawa dalam khutbah terakhir ketika haji wida', Rasulullah s.a.w telah bersabda "Telah sempurna bagimu agamamu" yang membawa maksud bahawa tiada lagi wahyu atau ugama yang akan turun selepas itu. Mahu ikut yang mana? Surat inikah atau AlQuran?
Kedua d! ari segi arahannya. Sekiranya kita percaya bahawa dengan mengedar 20 keping surat ini akan membawa rezeki atau kebaikan dan sebaliknya sekiranya tidak maka kita kan ditimpa bencana maka secara tidak langsung, kita percaya bahawa ada lagi kuasa selain Allah SWT. Ini akan menjadikan kita syirik. Na'uzubillah.
Sheik Ahmad yang dikira kuat iman ini pula sanggup mati dalam kufur. Seseorang yang berilmu, warak, alim dalam soal agama tidak akan mempertaruhkan imannya untuk apa sekalipun. Saya berpendapat surat ini adalah satu dakyah untuk memesongkan aqidah umat Islam. Mari kita kaji pula niat disebalik surat berantai ini. Ia mengandungi isi yang menceritakan tentang Sheik Ahmad yang kononnya bertemu Rasulullah s.a.w dalam mimpinya. Rasulullah kononnya memberi satu statistik yang tujuannya menakutkan pembaca yang memang tiada cara untuk membuktikan kesahihannya. 60,000 orang akan mati tanpa iman, apa maksudnya? Adakah orang yang ke 60,001 akan beriman? Setelah itu diselitkan nasihat supaya pembaca yakin bahawa surat ini berniat baik. Kemudian datang ugutan.
Sekiranya tidak diedar 20 salinan, mendapat bala.
Untuk meyakinkan pembaca, penulis rela kufur sekiranya isi surat ini adalah palsu. Untuk menambahkan lagi keyakinan pembaca, diturunkan pula beberapa contoh yang menjurus kepada perkara diatas. Tentunya susah untuk menentukan kesahihan cerita tersebut. Cuma setahu saya, Allahyarham Tan Sri Ghazali Jawi tidak dibuang kerja tetapi meletak jawatan kerana mahu aktif dalam politik. Kalau ada yang rapat dengan keluarga Allahyarham atau keluarga Datuk Tajul Rosli, mungkin boleh sahkan hal ini.
Tentunya muslim yang rapuh imannya akan terpengaruh dengan dakyah sebegini. Jika tak dihiraukan maka semacam ada keresahan dalam hati seolah-olah menanti bencana yang dijanjikan. Maka dengan keresahan inilah syaitan dapat menakluk hati kita. Dicekiknya tubuh kita sehingga sakit, maka kita teringat akan surat wasiat tersebut, dan kita edarkan. Syaitan akan melepaskan cekikannya ketika itu kerana dia telah berjaya memesongkan aqidah kita. Maka kita berjalan pula dimuka bumi Allah ini dan menceritakan pengalaman kita tadi, dan ada pula hamba Allah memasukkannya kedalam Internet.
Kesimpulannya, janganlah percayakan surat tersebut dan selagi ada umat yang percayakannya maka ianya tetap akan beredar hingga bila-bila, kerana seingat saya, surat ini telah beredar sejak saya disekolah rendah lagi dan mungkin bermula berpuluh-puluh tahun sebelum itu. Dari Penerangan diatas jelaslah mempercayai surat wasiat tersebut adalah haram.
Wallahu'allam.
Jika anda ingin tahu dari siapakah bermulanya surat berantai yang kononnya dari Sheikh Ahmad yang bermimpi bertemu Rasulullah didalam mimpinya, bacalah keterangan dibawah ini:-
Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan 1978 SURAT SHEIK AHMED PALSU, KHURAFAT DAN BOLEH MENJATUHKAN MURTAD. Majlis Fatwa Kebangsaan 1978 mengesahkan surat ini ditulis oleh paderi-paderi biara Blessings of St Antonio, Texas, USA pada tahun 1974/75 untuk mengelirukan umat Islam. Penulis asal surat ini ialah Mendiang Father Francis Jose de Villa, seorang paderi Katolik dari Argentina berketurunan Arab-Syria (bekas penganut Islam, nama asalnya Mohamed Elias Skanbeg). Dia pernah bertugas di Instituto Sacristo Convocione Reliogioso di Brindisi, Itali sebagai mubaligh Katolik antara tahun 1966-1968 dibawah Cardinal Agostino Casaroli. Father de Villa me! ninggal dunia pada tahun 1980 di Texas dalam usia 54 tahun.
Menurut Allahyarham Sayyed Mohamed Raisuddin Al-Hashimi Al-Quraisy, penjaga makam Rasulullah SAW di Madinah antara tahun 1967-hingga 1979, tidak ada penjaga makam bernama Sheik Ahmad antara tahun 1881 hingga 1979.
Penjaga makam di Madinah ialah:
- Sayyed Turki Abu Mohamed Abdul Razaque Al-Hashimi Al-Quraisy (1881-meninggal dunia 1932)
- anaknya Sayyed Hashim Abu Faisal Abdul Jalil Al-Hashimi Al-Quraisy (1932-meninggal dunia 1934)
- adiknya Sayyed Abdul Karim Mutawwi Al-Hashimi Al-Quraisy (1934-bersara 1966) dan
- anak saudaranya Sayyed Mohamed Raisuddin bin Mohamed bin Abdul Razaque Al-Hashimi Al-Quraisyi (1967-meninggal dunia 1979).
Allahyarham Datuk Shafawi Mufti Selangor mengisytiharkan bagi pihak Majlis Fatwa Kebangsaan bahawa barang siapa dengan sengaja menyebarkan risalah ini adalah "melakukan syirik dan tidak mustahil jatuh murtad melainkan dia bertaubat dan menarik balik perbuatannya itu terhadap sesiapa yang telahpun dikirimkan risalah ini".
( Surat Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia Bil.7/78/I). .
Keputusan ini diiktiraf oleh Majlis Raja-raja Melayu dalam mesyuaratnya di Pekan pada 16 Oktober 1978, dipengerusikan oleh Almarhum Sultan Idris Shah, Perak. Menurut Majlis Fatwa Kebangsaan 1978, menyebar surat ini "termasuk dalam Menyekutukan Allah S.W.T. dengan syirik yang amat besar (shirk-i-kubra) serta mempermainkan Rasulullah S.A.W. serta menyebar dengan niat tidak baik kekeliruan dan muslihat di kalangan umat Islam.."
Lagipun," surat ini menggambarkan pembohongan yang amat besar terhadap junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. serta ajaran baginda kerana menggambarkan SHEIK AHMAD sebagai perawi hadith sesudah kewafatan baginda". Allahyarham Datuk Sheik-ul-Islam Mufti Kedah dalam Risalat Al-Aman 1983/Bil 8, surat ini "paling kurang menimbulkan syirik kecil dan murtad secara tidak sengaja terkeluar dari Islam, serta syirik yang besar jika sengaja maka taubatnya tidak sah melainkan dibuat dengan sesungguhnya. Adapun jika seseorang itu menyalin surat ini kepada umat Islam lain, jatuhlah hukum ke atasnya mentablighkan perkara syirik dan khurafat. Sesungguhnya ulamak sependapat perbuatan itu sungguh besar syiriknya dan boleh mengakibatkan murtad walaupun tanpa sadar si-pengirim" .
HENTIKAN MENGHANTAR EMAIL ATAU SMS YANG BOLEH MENJADIKAN KITA SESAT TANPA KITA SEDARI.. INSAFLAH... SEMOGA ALLAH MENGAMPUNKAN DOSA KITA....
Friday, July 17, 2009
10 Jenis Makanan Antikolesterol
Kacang soya merupakan makanan popular yg diproses. Kacang soya mengandungi 48% protein, lesitin, vitamin & zat galian.Ia juga Dapat menghindarkan penyakit jantung & kencing manis. Kaya kalsium & Mineral yg membantu memecah lemak. Ia membantu menyusutkan kadar Lemak jahat (LDL) dan meningkatkan kadar lemak baik (HDL)
2. KUACI
Kuaci mempunyai kandunan zat besi. Pola pemakanan yg rendah dengan zat besi boleh menaikkan kadar kolestrol LDL sekali gus menghadkan kolestrol HDL. Mulakan pengambilan kuaci jenis tawar seperti dari jenis labu atau bunga matahari untuk menambah zat besi serta mengurangkan kolestrol.
3. BUAH KERING
Antara pelbagai jenis buah kering, limau kering adalah yg paling banyak mengandungi flavanoid. Pengambilannya mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL sehingga dapat mengurangkan risiko serangan jantung. Flavanoid juga boleh diperolehi dalam teh, brokoli, tomato, bawang serta delima.
4. EPAL
Memakan sebiji epal @ meminum jusnya setiap hari cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan. Kanak-kanak yg memakan makanan segera dan kemudian memakan epal @ minum jusnya, sebenarnya menyimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku lemak dalam badan.
5. IKAN TUNA
Termasuk sumber asid lemak omega-3 yg popular, selain salmon dan makarel. Omega-3 secara khusus melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolestrol LDL.
6. KACANG TANAH
Kacang tanah yg dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya dengan vitamin E. Ia boleh menghalang radikal bebas agar tidak merosakkan kolesterol LDL dan dapat menghindari tubuh daripada serangan jantung.
7. MANGGA
Vitamin C banyak terdapat dalam mangga. Sumber lain : belimbing, kedodong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi. Vitamin C berupaya mencegah kolestrol LDL dlm tubuh.
8. KISMIS
Mengandungi sebatian yg mampu menurunkan kolestrol. Sesiapa yg mengamalkan diet dgn 400 kalori kismis setiap hari boleh menurunkan kadar kolestrol dlm darah sebanyak 8%.
9. OAT
Lebih daripada kajian saintifik yg dijalankan telah menunjukkan bahawa pengambilan oat setiap pagi boleh menurunkan kolestrol dalam darah. Serat mudah larut dalam oat boleh mengurankan risiko penyakit jantung sekiranya dijadikan sebahagian diet rendah lemak & kolestrol anda.
10 JAMBU BATU
Ia mampu menurunkan paras kolestrol dalam badan sebanyak 18.8%. Disyorkan mengambilnya setiap hari dalam jumlah mencukupi bagi memastikan khasiatnya bertindak balas kepada tubuh. Jumlah yg disyorkan ialah 400gm sehari, iaitu sebiji setengah selama empat minggu. Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan tanpa melupakan diet seimbang, jambu batu adalah pilihan yg sesuai.
Islam saran kutip hutang cara baik, bayar bila mampu
Diriwayatkan, seorang lelaki ditimpa bencana. Hasil tanamannya tidak menjadi hingga hutangnya keliling pinggang. Rasulullah SAW bersabda: “Bersedekahlah kamu kepadanya.”
Syariat Islam menghendaki supaya berlemah lembut dengan orang berhutang. Oleh itu, kita dapati bahawa tuan punya Mursyid al-Hayran menetapkan pada 164 masihi bahawa: “Jika seorang pemilik mempunyai hutang yang sabit, syarak mengharuskan supaya mengambil dari miliknya yang lebih daripada kadar keperluan harian asasi seperti tempat tinggal.
Jika ia tidak mempunyai harta seumpama ia berhutang mengikut syarak itu, hendaklah dijual mengikut ketetapan undang-undang, jika dia tidak mahu menjualnya sendiri untuk membayar hutangnya menurut harga jualannya itu.
Malah, dalam Islam juga boleh sampai ke peringkat melucutkan hak milik daripada tuannya jika disalahgunakan haknya dan jika tidak ada jalan lain untuk menghalang perbuatan itu.
Rasulullah SAW mempraktikkan dasar ini kepada Samrah Ibn Jundub yang mempunyai sepohon kurma dalam kebun seorang lelaki Kristian. Samrah sering keluar masuk ke kebun orang Kristian itu bersama-sama keluarganya sehingga menyusahkan tuan kebun itu.
Lalu tuan kebun mengadu kepada Rasulullah SAW. Samrah dipanggil dan Rasulullah bersabda kepadanya: Juallah pokok kurma awak. Dia enggan menjualnya. Maka Rasulullah SAW menyuruh supaya memotong pokok kurma itu.
Rasulullah SAW berkata: Berikanlah kepada orang (Kristian) itu, kamu akan mendapat pokok seumpama itu di syurga nanti. Dia juga menolak. Rasulullah SAW berkata: Awak telah membawa kemudaratan iaitu mencari kemudaratan orang lain. Kemudian Nabi SAW bersabda kepada pemilik kebun itu: Pergilah kamu dan tebang pokok kurmanya.
Dhahhak Ibn Khalifah al-Ansari mempunyai sebidang tanah yang tidak boleh dimasuki air kecuali dengan mengalirkan air itu melalui kebun Muhammad Ibn Maslamah. Maslamah enggan membenarkan saliran air melalui kebunnya.
Dhahhak mengadu kepada Saidina Umar al Kattab yang menegur Maslamah dan berkata kepadanya: “Adakah timbul apa-apa mudarat jika dialirkan air melalui kebun engkau? Maslamah menjawab: Tidak. Saidina Umar menambah: Demi Allah jika tidak ada saluran untuk mengalirkan air kecuali perut engkau aku akan alirkannya juga.”
Islam juga tidak mengharuskan pemilik tanah mengosongkan tanahnya jika itu akan merosakkan kepentingan awam. Rasulullah SAW memberikan sebidang tanah Al-Aqiqi yang berhampiran dengan Madinah kepada Bilal Ibn al-Harith al-Muzani.
Kemudian dia tidak berupaya untuk membangunkan semua tanahnya. Selepas Umar dilantik menjadi Khalifah, beliau berkata kepada Bilal: “Wahai Bilal, kamu sudah diberi sebidang tanah yang luas oleh Rasulullah SAW dan Baginda tidak menghalang untuk bertanya sesuatu dan engkau mengusahakan apa yang menjadi milikmu. Dia menjawab: Ya benar.
Umar berkata lagi: Lihat di kawasan mana yang kamu mampu mengusahakannya, kamu peganglah ia dan kawasan yang tidak kamu mampu untuk mengusahakannya, maka serahkanlah balik kepada kita dari dibahagi-bahagikan kepada orang Islam.
Bilal menjawab: Aku tidak akan melepaskannya! Demi Allah, Rasulullah sudah memperuntukkannya kepadaku. Umar menjawab: Kami akan jalankan usaha itu, iaitu aku akan mengambil bahagian yang kamu tidak mampu mengusahakannya dan akan kami mengagihkannya kepada orang Islam.
Umar meriwayatkan bahawa sesiapa yang memiliki tanah kemudian dibiarkan selama tiga tahun tanpa diusahakan kemudian datang orang lain menghidupkan tanah itu, maka orang itu lebih berhak daripadanya.
Justeru dalam keadaan kegawatan ekonomi sekarang, eloklah si pemberi hutang mengutip hutang dengan cara baik dan tidak menyusahkan si penerima hutang. Si penerima hutang pula harus membayar hutang apabila berkemampuan menunaikannya.
Thursday, July 16, 2009
Adakah orang yang akan mendoakan kita?
Malaikat tersebut berkata, "Kalau dalam masa 24 jam, ada 50 orang yang mendoakan kesembuhanmu, maka kau akan hidup. Dan sebaliknya jika dalam 24 jam jumlah yang aku tetapkan belum dipenuhi, itu bererti, kau akan meninggal dunia!
"Kalau hanya mencari 50 orang, itu mudah sangat" kata si pengarah tersebut dengan yakinnya. Setelah itu Malaikat itu pun pergi dan berjanji akan datang 1 jam sebelum sampai waktu yang dijanjikannya,
Tepat pukul 23:00, Malaikat tersebut kembali mengunjunginya; dengan bangganya si pengarah bertanya, Apakah esok pagi aku sudah pulih? Pastilah banyak yang berdoa buat aku, jumlah pekerja aku pun, lebih dari 1000 orang, jadi kalau hanya mencari 50 orang yang berdoa pasti bukannya susah.
Dengan lembut si Malaikat berkata, Anakku, aku sudah ke sana ke mari mencari suara hati yang berdoa untukmu tapi sampai sekarang, baru 3 orang yang berdoa untukmu, sementara waktumu hanya tinggal 60 minit lagi. Rasanya mustahil kalau dalam waktu terdekat ini ada 50 orang yang berdoa untuk kesembuhanmu.
Tanpa menunggu reaksi dari si pengarah, si malaikat menunjukkan layar besar berupa TV siapa 3 orang yang berdoa untuk kesembuhannya. Di layar itu terlihat wajah duka isterinya, di sebelahnya ada 2 orang anak kecil, putera puterinya yang berdoa dengan khusyuk dan nampak ada titisan air mata di pipi mereka.
Kata Malaikat, Aku akan memberitahumu, kenapa Tuhan ingin memberi kesempatan kedua buatmu? Ia adalah kerana doa isterimu yang tidak putus-putus berharap agar kamu sembuh.
Kembali terlihat dimana si isteri sedang berdoa jam 2:00 subuh, Tuhan, aku tahu kalau selama hidupnya suamiku bukanlah suami atau ayah yang baik! Aku tahu dia sudah mengkhianati pernikahan kami, aku tahu dia tidak jujur dalam kerjanya, dan kalaupun dia memberikan sumbangan, itu hanya untuk populariti dan menaikkan namanya saja dan untuk menutupi perbuatannya yang tidak benar dihadapanMu. Tapi Tuhan, tolong pandang anak-anak yang telah Engkau berikan pada kami, mereka masih memerlukan seorang ayah. Hambamu ini tidak mampu membesarkan mereka seorang diri.
Dan setelah itu isterinya berhenti berkata-kata tapi air matanya semakin deras mengalir di pipinya yang kelihatan cengkung karena kurang rehat.
Melihat peristiwa itu, tanpa disedari, air mata mengalir di pipi pengarah ini. Timbul penyesalan bahawa selama ini dia bukanlah suami yang baik. Dan bukan ayah yang menjadi contoh bagi anak-anaknya. Malam ini dia baru menyedari betapa besar cinta isteri dan anak-anak padanya.
Waktu terus berlalu, waktu yang dia miliki hanya 10 minit lagi, melihat waktu yang makin sempit semakin menangislah si pengarah ini dalam penyesalan yang luar biasa. Tapi waktunya sudah terlambat ! Tidak mungkin dalam waktu 10 minit ada 47 orang yang berdoa untuknya!
Dengan sedihnya dia bertanya, Apakah tidak ada di antara pekerjaku, kaum kerabatku, rakan sekerjaku, rakan organisasiku yang berdoa untukku?
Jawab si Malaikat, Ada beberapa yang berdoa untukmu.Tapi mereka tidak ikhlas. Bahkan ada yang mensyukuri penyakit yang kau deritai pada saat ini. Itu semua kerana selama ini kamu mementingkan diri, sombong, menganiaya pekerja, kejam, ego dan bukanlah pihak atasan yang baik. Bahkan kau sanggup memecat pekerja yang tidak bersalah dan yang tidak setimpal dengan kesalahannya.
Si pengarah tertunduk lemah, dan pasrah kalau malam ini adalah malam yang terakhir buatnya. Tapi dia minta waktu sesaat untuk melihat anak dan si isteri yang setia menjaganya sepanjang malam.
Air matanya tambah deras, ketika melihat anaknya yang sulung tertidur di kerusi hospital dan si isteri yang kelihatan penat juga tertidur di kerusi sambil memangku si bongsu.
Ketika waktu menunjukkan pukul 24:00, tiba-tiba si Malaikat berkata, Anakku, Tuhan melihat air matamu dan penyesalanmu! ! Kau tidak jadi meninggal, kerana ada 47 orang yang berdoa untukmu tepat pukul 24:00.
Dengan hairan dan tidak percaya, si pengarah bertanya siapakah 47 orang itu? Sambil tersenyum si Malaikat menunjukkan suatu tempat yang pernah dia kunjungi bulan lalu. Bukankah itu Pusat Asuhan Anak Yatim? kata si pengarah perlahan. Benar anakku, kau pernah memberi bantuan bagi mereka beberapa bulan yang lalu, walau aku tahu tujuanmu pada waktu itu hanya untuk mencari populariti saja dan untuk menarik perhatian kerajaan dan pelawat luar negeri.
Pagi tadi , salah seorang anak pusat asuhan tersebut membaca di surat khabar bahawa seorang pengarah terkena stroke dan sudah 7 hari di ICU. Setelah melihat gambar di surat khabar dan yakin bahawa orang yang sedang koma itu adalah kamu, orang yang pernah menolong mereka dan anak-anak yatim pusat asuhan itu akhirnya sepakat berdoa untuk kesembuhanmu.
Doa sangat besar kuasanya. Kita malas. Tidak ada waktu. Berat untuk berdoa bagi orang lain. Ketika kita mengingat seorang sahabat lama/keluarga, kita fikir itu hanya kebetulan saja padahal seharusnya kita berdoa untuknya. Mungkin pada saat kita mengingatnya itu dia dalam keadaan memerlukan doa dari orang-orang yang mengasihi dia.
Di saat kita berdoa bagi orang lain, kita akan mendapatkan kekuatan baru dan kita boleh melihat kemuliaan Tuhan dari peristiwa yang terjadi. Hindarilah perbuatan menyakiti orang lain… Sebaliknya perbanyaklah berdoa buat orang lain.
Kerana pahlawan sejati, bukan dilihat dari kekuatan fizikal dan hartanya,tapi dari kekuatan hatinya. Katakan ini dengan perlahan, ‘Ya TUHAN saya mencintai-MU dan memerlukan- MU, datang dan terangilah hati kami sekarang…! !!’
Tuesday, July 14, 2009
The three most dangerous words in the English language
How many times have you heard a piece of advice that was so tried and true you barely stopped to think of it's meaning?
"Do unto others as you would have them do unto you".
Our brain immediately jumps to "oh yeah, I know that, I've heard that one before, what's next?"
How many times have you read the first part of a book or article only to skim over the rest because you had already heard the idea?
"The secret to success ....... is to find a need and fill it."
We immediately cry out, "of course it is, but that doesn't do me any good right now!"
And how many times have you listened to a public speaker profess their belief in an age old wisdom, such as building better relationships?
"That's a great idea", you might say, "but I tried that years ago."
What's funny about the human brain is that even if we know something works, that doesn't mean we actually do it! I know that I should create a to do list everyday to get more done, but sometimes I just don't feel like it. I know that I should stay in touch with new people and work toward building a better relationship with them, but sometimes I forget. I know that I should avoid giving advice when it hasn't been asked for, but sometimes I just can't help myself!
We must be constantly reminded of the things we "know", to make sure we keep doing them.
If you've ever read the reviews of famous books, you've probably seen some comments that say "What a waste of money, this is just common sense!" People assume there must be some hidden secret they are using to get ahead. It can't be this simple, can it!
Well, yes, it really is that simple. Successful people use the same ideas that we've all heard for years. Just because advice is simple, that doesn't mean it won't work.
In short, the next time you hear an idea or piece of advice, avoid the natural temptation to say "I know that". Just because you know something doesn't mean you are actually putting it into practice on a daily basis!
Friday, July 10, 2009
Empat golongan lelaki yang akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita.
1. Ayahnya
Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.
(p/s; Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang?. Adakah kau mengajarnya bersolat & saum?..menutup aurat?..pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka jahannam.)
2. Suaminya
Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul! bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yg alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm neraka.
(p/s; Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang?. Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yg kau akan sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana .)
3. Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam,tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.
(p/s; Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jgn hanya menjaga amalmu, dan jgn ingat kau terlepas... kau juga akan dipertanggungjawabkan diakhirat kelak...jika membiarkan adikmu bergelumang dgn maksiat... dan tidak menutup aurat.)
4. Anak2 lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram disisi Islam. bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya...maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak....dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.
(p/s; Duhai anak2 lelaki.... sayangilah ibumu.... nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa.... krn ibu juga insan biasa... x lepas dr melakukan dosa... selamatkanlah dia dr menjadi 'kayu api' neraka....jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya..)
Lihatlah.....betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah diakhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yg bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka.
Firman Allah SW.T;
"Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu...."
Al- Fathihah - Di sebalik tujuh ayatnya yang penuh pengertian.
Sebenarnya dalam jumlah ayat Al Fatehah yang tujuh ini, ada hikmah yang besar. Secara isyarat, ia ada hubungan dengan manusia dan dengan ciptaan Tuhan. Antaranya ialah:
1. Tujuh ayat menggambarkan tujuh hari dalam seminggu
Dalam tujuh hari itulah sama ada manusia hendak jadi jahat atau jadi baik, dapat rahmat atau dapat laknat, dapat bahagia atau celaka, jadi kafir atau jadi mukmin, kaya atau susah, sakit atau sihat. Apakah ada hari yang lain selain daripada tujuh hari itu (yakni Ahad hingga Sabtu)? Tentu tidak. Ertinya dalam masa seminggu, kalau seseorang itu benar-benar menghayati Al Quran; yang intipatinya ada dalam tujuh ayat Fatehah itu, sehingga ia benar-benar berperanan dalam hidupnya, maka dalam seminggu itu dia boleh selamat. Kalau Fatehah tidak berperanan pada dirinya dalam seminggu, maka akan kena laknatlah dia. Huru-hara, haru-biru dan celakalah hidupnya.
2. Tujuh ayat berkait dengan tujuh anggota badan
Dalam seminggu itu sama ada manusia jadi baik atau buruk, ditentukan oleh anggota yang tujuh. Sebab itu dalam sembahyang; yang mana sembahyang itu adalah rukun Islam yang kedua; kesemua tujuh anggota ini terlibat atau digunakan. Kalau agama lain, mereka menyembah Tuhan tidak melibatkan semua anggota. Sebaliknya dalam ajaran Islam, semua anggota terlibat untuk tunduk dan patuh kepada Tuhan.
Ketujuh-tujuh anggota itu ialah:
a. Kepala - ini termasuklah anggota-anggota yang ada di kepala seperti mata, mulut, telinga, lidah dan lain-lain. Kegunaan kepala pula ada bermacam-macam jenis.
b. Dua tangan - ia juga banyak peranannya. Ia boleh berbuat baik atau berbuat jahat, boleh bunuh orang, boleh selamatkan atau celakakan orang.
c. Kedua-dua lutut
d. Kedua-dua tapak kaki
Dalam sembahyang, anggota-anggota sujud itu merupakan tujuh anggota penting tubuh manusia. Semuanya terlibat dalam solat. Dalam doa Iftitah kita menyebut, "Hidupku dan matiku adalah untuk Allah." Ertinya semua anggota yang penting dalam diri kita ini secara tidak langsung sudah kita ikrarkan bahawa kita serahkan pada Allah. Ertinya kita akan menggunakannya ke jalan Allah sebagaimana yang Allah kehendaki. Oleh itu kalau kita sedari dan hayati, apa yang disebut dalam bacaan melibatkan juga anggota dalam perbuatan.
3. Tujuh ayat berkait dengan tujuh Neraka dan tujuh Syurga
Al Fatehah ada tujuh ayat. Kalau intipati Quran dapat dihayati atau tidak dapat dihayati, itu yang akan menentukan nasib seseorang nanti sama ada Neraka yang tujuh atau Syurga yang tujuh. Semua ditentukan oleh intipati Al Fatehah. Kalau Al Fatehah berperanan dalam hidupnya, dia akan dapat salah satu dari tujuh peringkat Syurga. Kalau tidak dapat dihayati dan tidak dapat dijadikan amalan hidup, dia akan masuk salah satu dari tujuh peringkat Neraka.
4. Tujuh ayat itu juga menggambarkan di dunia ini ada tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi
Di langit ada macam-macam makhluk Tuhan yang ada hubungan dengan kehidupan manusia. Demikian juga dengan tujuh lapis bumi yang ada hubungan dengan kehidupan manusia. Ramai ahli sains yang membuat kajian sudah mengesahkannya tetapi ia setakat hubungan yang lahir.
Sebenarnya ia bukan sekadar hubungan yang lahir sahaja. Manusia bukan hanya berhubung dengan matahari, bulan dan bintang sahaja. Tidak juga hanya berhubungan dengan isi bumi, lautan, hutan, binatang, tanaman dan seumpamanya. Bahkan manusia juga berhubung rapat dengan makhluk yang ghaib seperti malaikat.
Malaikat juga menentukan hidup manusia. Kenapa? Sebab ia juga tumpang mendoakan manusia pada Tuhan dan ia juga boleh tumpang melaknat manusia. Tetapi hal yang ghaib ini ahli sains tidak dapat kesan. Mereka hanya mampu kesan yang lahir seperti hubungan matahari dengan manusia, hubungan bulan, pasang surut air laut, bintang-bintang dengan kehidupan manusia. Tentang malaikat, mereka tidak tahu.
Padahal malaikat ikut campur tangan dalam menentukan keselamatan manusia. Mereka juga mendoakan dan memberi berkat dengan izin Tuhan. Mereka juga melaknat manusia dengan izin Tuhan kerana kederhakaan manusia. Perkara yang ghaib ini ahli rohani sahaja yang boleh kesan tetapi saintis tidak boleh kesan.
Selain malaikat, jin-jin juga ada hubungan dengan hidup manusia. Ini tidak dapat dikesan oleh ahli sains, tetapi boleh dikesan oleh ahli-ahli rohani. Apa maksud jin-jin juga terlibat? Jin itu hidupnya ditumpangkan dengan manusia. Dia bergaul dengan manusia. Oleh sebab itu, apa bahasa manusia itulah bahasa jin. Kalau di Malaysia menggunakan bahasa Melayu, jin pun bercakap dalam bahasa Melayu. Di Indonesia, jin bercakap bahasa Indonesia. Kalaulah di Malaysia ada jin yang berbahasa Indonesia, bermakna jin itu berasal dari Indonesia. Jin di negara Arab berbahasa Arab. Jadi jin tumpang bahasa manusia itu untuk menunjukkan manusia lebih mulia dari jin.
Selain itu, jin juga tumpang belajar dengan manusia. Firman Allah di dalam Al Quran:
Maksudnya: "Dan (ingatlah) ketika Kami hadapkan serombongan jin kepadamu yang mendengarkan Al Quran, maka tatkala mereka menghadiri pembacaan (nya) lalu mereka berkata, 'Diamlah kamu (untuk mendengarkannya) .' Ketika pembacaan itu selesai mereka kembali kepada kaumnya (untuk) memberi peringatan." (Al Ahqaf: 29)
Mujurlah kita tidak nampak jin sebab kita tidak akan sanggup hendak melihatnya. Begitu juga soal makan. Jin kafir makan tulang-tulang haiwan yang disembelih oleh orang kafir. Jin Islam pula tumpang makan tulang-tulang binatang yang disembelih oleh orang Islam. Oleh sebab itu berhati-hatilah apabila membuang tulang. Buanglah pada tempatnya. Kalau tulang-tulang itu dibiarkan bersepah, jika ada jin yang datang untuk makan lalu terlanggar anak kita maka akan timbul masalah.
5. Tujuh ayat ini kalau kita jadikan panduan, ia boleh didik nafsu kita yang tujuh peringkat.
Inilah hikmah terpenting dari jumlah ayat Al Fatehah yang tujuh itu. Makin kita hayati, makin kita dapat mendidik diri dan nafsu kita. Bila dikategorikan, nafsu manusia ada tujuh peringkat iaitu:
i. Nafsu ammarah
ii. Nafsu lawwamah
iii. Nafsu mulhamah
iv. Nafsu mutmainnah
v. Nafsu radhiah
vi. Nafsu mardhiah
vii. Nafsu kamilah
Isi Al Quran itu terkandung dalam Al Fatehah yang terdiri dari tujuh ayat. Nafsu ada tujuh peringkat dan ayat Al Fatehah juga ada tujuh. Itu bukan kebetulan. Hikmahnya adalah, kalau Al Fatehah ini dihayati, nafsu boleh menjadi baik. Nafsu itulah yang menentukan celaka atau bahagia, patuh atau tidak patuhnya kita pada Tuhan. Paling-paling lemah, Al Fatehah atau isi Al Quran ini dapat mendidik nafsu sampai ke peringkat mulhamah. Walaupun nafsu mulhamah ini masih belum mantap, masih goyang tapi itu pun dikira sudah baik. Itulah nafsu orang soleh. Manakala mutmainnah pula, ia peringkat nafsu yang sudah istiqamah, sudah tetap serta tidak mudah goyang.
Di sini juga dapat kita faham bahawa manusia akan bermula dengan nafsu yang paling jahat kepada nafsu yang paling baik kalau dia benar-benar mengendalikan nafsunya itu. Kalaulah manusia menghabiskan banyak masanya untuk mempelajari hal-hal yang berkaitan dengan nafsu dan mempraktikkannya, sesungguhnya manusia akan mampu meningkatkan dirinya dari tahap ke tahap. Dia akan dapat meningkatkan dirinya daripada bernafsu ammarah kepada lawwamah, mulhamah, mutmainnah dan paling tinggi akan sampai kepada mardhiah. Namun ada di kalangan manusia yang mampu sampai kepada nafsu kamilah; nafsu yang paling atas; iaitu para nabi dan rasul. Manusia biasa boleh menjangkau sampai nafsu mardhiah sahaja kalau dia sangat berusaha mengendalikan nafsunya.
Cara untuk kita mengendalikan nafsu hingga sampai ke taraf malaikat, itu semua mesti dirujuk kepada Al Quran. Ia tidak boleh dirujuk kepada ilmu jenis lain. Siapa yang boleh menguasai Al Quran sepenuhnya dan mempraktikkan Al Quran terhadap nafsunya, maka dia akan merasai bagaimana dia merangkak beralih dari satu tahap ke satu tahap. Hebatnya Allah kerana menciptakan dalam diri manusia, satu nafsu yang tidak boleh dilihat tetapi memang berperanan. Kalau manusia mahu, dia boleh mentadbir nafsunya itu. Tetapi untuk itu ianya mesti dirujuk kepada Al Quran.
Ayat Al Quran itu terlalu banyak, namun Allah yang Maha Bijak telah meminta kita memberi tumpuan kepada tujuh ayat sahaja. Kalau kita boleh mengambil tujuh ayat ini untuk kita kuasai segala kekuatan yang ada di dalamnya maka kita akan boleh mengendalikan nafsu kita. Yang sebenarnya kalau kita boleh kuasai tujuh ayat itu, kita boleh sampai ke peringkat ketujuh, yang mana nafsu itu boleh kita tadbir dan kuasai. Nabi-nabi boleh melakukannya hingga mereka sampai peringkat ketujuh itu.
Allah yang menciptakan nafsu itu tujuh peringkat, tahu untuk memadankannya dengan tujuh ayat dari surah Al Fatehah itu. Allah SWT menetapkan kekuatan tujuh ayat Al Fatehah itu boleh mengendalikan tujuh peringkat nafsu itu walaupun sifatnya tidak sama. Namun kita seperti diberi amaran bahawa kebanyakan manusia tidak akan mampu untuk mengambil seluruh kekuatan Al Fatehah itu untuk memerangi nafsu sehingga peringkat tertinggi melainkan setakat mulhamah atau paling tinggi mutmainnah.
Monday, July 6, 2009
Simple ways to improve your English
The first thing all English learners should do is create some kind of schedule or plan. This will be your daily activity (or perhaps weekly depending on how much time you have set aside to improving your English). The idea is that you must complete these activities on a regular basis. By doing this you have created a plan with a goal of improving your English. Every day you should check off these activities. If you start to see yourself falling behind, you should do your best to make up for the missing days or activities that you did not complete. This might sound very simple but it is in actual fact one very simple and effective way you can improve your English. By creating the schedule and actively making sure you complete it you have created a plan of attack. Many people feel lost and confused at some point during their English studies. Having some kind of guide or plan is what they are missing and by making sure you have one you are doing your best to stay on target of studying with the goal of improving your English.
The second thing you can do if you want to improve your English is try and create an all English environment. This sounds simple but for many people it can be rather difficult. This stems from many people living in countries where English is rarely used. An ideal situation would be one where you use English as much as possible during your day. If you work in an English speaking job then do your best to use English words or vocabulary where possible. However, for many people this is not possible. Other suggestions are to watch or read as much English only material. Turn off subtitles if you can on your TV or watch movies that are English only with no subtitles. Read English newspapers or books as much as possible. Do everything and anything you can to ensure that you use English as much as possible throughout your day. While it may not be possible to use it every second of the day, if you get into a routine of using English as least a few times through the day outside of just studying, you will be surprised to find how much it helps. Learning English is a long and difficult path for many people. Without some kind of assistance or guidance, people can often feel lost. You can do your best to avoid this by creating a daily or weekly study plan with set activities that you must complete and possible "punishment" for yourself if you see yourself falling behind or getting a little lazy.
Another effective way to improve your English is by simply using it as much as possible in your day. Watch more English TV and read as much English material as possible. Remember, Rome wasn't built in a day and improving your English will take time but can be done if you set goals and manage your time effectively.
Tips to improve our English Pronunciation
To do your best in the shortest amount of time possible, you can follow the following tips.
Keep the grammar part as easy as it could be. Start by leaning and following basic grammar rules. Do not opt for learning long and complex sentences to begin with as they make the language appear more complicated than it really is. Your primary objective in the beginning is to speak English as fast and as fluently as possible.
Secondly, not all words are pronounced as they are spelt. Hence, lay emphasis on learning the right pronunciation for every new word that you learn. Polish your English speaking skills by pronouncing each and every word clearly and correctly until you memorize it by heart. Remember, proper speech is the next logical step after you've grasped the basics of English properly.
Finally, find a person who has good English. Preferably, find someone who is a native English speaker and who can speak the language fluently. Practice by communicating with him or her. Use all your knowledge and experience that you've gained till now and try to make sure you speak as fluently as possible. One thing to remember is that it's perfectly alright to mispronounce a word or two or even more. This is quite normal when you're just starting out and will go away with regular practice. Make mental notes of where you go wrong while communicating and correct those mistakes the next time you speak.
Do not feel uncomfortable even when you are talking to a native English speaker. Stick to the basic rules of English grammar and use proper sentences and word forms. This is the best way to speak flawless English. Avoid complex sentences which may confuse you and make things even more difficult. Only when you've cleared your basics and practiced speaking with native English speakers a lot should you move to complex sentences. Focus on improving your English speaking capabilities and then move to other areas.
More articles on Pronunciation that are connected to my blog:Tips to need a go for the better our English pronunciation
Tips to look up our English Pronunciation
Collection of SPM English Language Question Papers
Terengganu Trial [Paper 1]
2007
Johor Trial [Paper 1] [Paper 2], Terengganu Trial [Paper 1] [Paper 2], Pahang Trial [Paper 1] [Paper 2] [Answers], Melaka Trial 2007 [Paper 1] [Paper 2], TIMES [Paper 1] [Paper 2] SPB [Paper 1] [Paper 2]
2008
Terengganu Mid Year [Paper 1] [Paper 2],
Trial
MRSM Trial [Paper 1] [Paper 2], SBP Trial [Paper 1] [Paper 2], Kelantan Trial [Paper 1 & 2], Terengganu Trial [Paper 1] [Paper 2], Kedah Trial [Paper 1] [Paper 2], Pahang Trial [Paper 1] [Paper 2], Johor Trial [Paper 1 & 2], Perlis Trial [Paper 1] [Paper 2], Sabah Trial [Paper 1] [Paper 2], Sarawak Trial [Paper 1 & 2], Melaka Trial [Paper 1] [Paper 2]
2009
Terengganu TOV [Paper 1] [Paper 2] Terengganu Mid Year [Paper 1] [Paper 2]
Melaka Trial , Johor Trial , Sabah Trial , Kedah Trial , Perlis Trial , Times , SBP , Pahang Trial [Paper 1] [Paper 2]