LEARN A WORD A DAY

Wednesday, June 10, 2009

Tolong baca dan sebarkan..

Istilah Semekom, Akum....
sazs menulis - ""Harap dapat disampaikan.
Petikan ini diambil dari ukhwah.com. Insya Allah, agar semua dapat iktibar dan pengajaran
daripadanya.

Jabatan Syariah telah mengesan trend terkini memberikan ucapan salam samada melalui emel
dan sms hanya dengan menulis perkataan "Akum". Sudahlah kita telah hilang keaslian dalam selawat kepada Nabi dengan hanya menulis "S.A.W" dan pujian kepada Allah dengan hanya menulis "S.W.T" maka kali ini kita akan kehilangan keaslian pada satu lagi kalimah suci iaitu Assalamualaikum diringkaskan menjadi "Akum".

Dalam hukum Fiqah, tulisan yang tertera "Assalamualaikum" adalah wajib dijawab oleh penerima salam tadi samada melalui lisan, emel atau sms kerana ianya adalah doa walaupun dieja dengan bahasa bukan Arab. Manakala tulisan "Akum" tidak wajib dijawab kerana ianya bukan doa. Oleh itu, Jabatan Syariah menasihati semua supaya mengekalkan keaslian salam pada ejaan dengan menulis penuh Assalamualaikum dan bukan lagi "Akum".

Sekian, terima kasih.

P/S:

Ada juga yang menggunakan semekom, sekom, selekom. Ada artis lawak kita yang suka sangat menggunakan cara ini apabila memulakan show. Dan audience pun ketawa terbahak-bahak. Kurang ajarnya ! Dan yang paling kurang ajar ada yang buat main sehinggakan sebutan menjadi Celcom!!

TOLONG SEBARKAN BERITA INI AGAR GEJALA SEBEGINI DAPAT DIHINDARKAN TERUS!!!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Collection of SPM English Language Question Papers

2005
Terengganu Trial [Paper 1]

2007
Johor Trial [Paper 1] [Paper 2], Terengganu Trial [Paper 1] [Paper 2], Pahang Trial [Paper 1] [Paper 2] [Answers], Melaka Trial 2007 [Paper 1] [Paper 2], TIMES [Paper 1] [Paper 2] SPB [Paper 1] [Paper 2]

2008

Terengganu Mid Year [Paper 1] [Paper 2],
Trial
MRSM Trial [Paper 1] [Paper 2], SBP Trial [Paper 1] [Paper 2], Kelantan Trial [Paper 1 & 2], Terengganu Trial [Paper 1] [Paper 2], Kedah Trial [Paper 1] [Paper 2], Pahang Trial [Paper 1] [Paper 2], Johor Trial [Paper 1 & 2], Perlis Trial [Paper 1] [Paper 2], Sabah Trial [Paper 1] [Paper 2], Sarawak Trial [Paper 1 & 2], Melaka Trial [Paper 1] [Paper 2]

2009

Terengganu TOV [Paper 1] [Paper 2] Terengganu Mid Year [Paper 1] [Paper 2]
Melaka Trial , Johor Trial , Sabah Trial , Kedah Trial , Perlis Trial , Times , SBP , Pahang Trial [Paper 1] [Paper 2]