LEARN A WORD A DAY

Wednesday, May 27, 2009

Sejarah Solat

SEJARAH SOLAT 5 WAKTU

SUBUH:
Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s. iaitu ketika beginda keluar dari syurga lalu di turunkan ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam a.s. pun bersembahyang 2 rakaat.
Rakaat pertama: Tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.

ZOHOR:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat.
Rakaat pertama: Tanda bersyukur bagi penebusan.
Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
Rakaat ketiga: Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah SWT.
Rakaat keempat: Tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan ebusan kibas.

ASAR:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s. tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada 4 kegelapan.
Rakaat pertama: Kelam dengan kesalahan.
Rakaat kedua: Kelam dengan air laut.
Rakaat ketiga: Kelam dengan malam.
Rakaat keempat: Kelam dengan perut ikan Nun.

MAGHRIB:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s. iaitu ketika baginda dikeluarkan Allah SWT dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukur Nabi Isa, lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut.
Rakaat pertama: Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang maha esa.
Rakaat kedua: Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga: Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah SWT semata-mata, tiada dua atau tiganya.

ISYAK:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s. Pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah SWT menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda syukur.
Rakaat pertama: Tanda dukacita terhadap isterinya.
Rakaat kedua: Tanda dukacitanya terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga: Tanda dukacitanya terhadap Firaun.
Rakaat keempat: Tanda dukacitanya terhadap anak Firaun.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Collection of SPM English Language Question Papers

2005
Terengganu Trial [Paper 1]

2007
Johor Trial [Paper 1] [Paper 2], Terengganu Trial [Paper 1] [Paper 2], Pahang Trial [Paper 1] [Paper 2] [Answers], Melaka Trial 2007 [Paper 1] [Paper 2], TIMES [Paper 1] [Paper 2] SPB [Paper 1] [Paper 2]

2008

Terengganu Mid Year [Paper 1] [Paper 2],
Trial
MRSM Trial [Paper 1] [Paper 2], SBP Trial [Paper 1] [Paper 2], Kelantan Trial [Paper 1 & 2], Terengganu Trial [Paper 1] [Paper 2], Kedah Trial [Paper 1] [Paper 2], Pahang Trial [Paper 1] [Paper 2], Johor Trial [Paper 1 & 2], Perlis Trial [Paper 1] [Paper 2], Sabah Trial [Paper 1] [Paper 2], Sarawak Trial [Paper 1 & 2], Melaka Trial [Paper 1] [Paper 2]

2009

Terengganu TOV [Paper 1] [Paper 2] Terengganu Mid Year [Paper 1] [Paper 2]
Melaka Trial , Johor Trial , Sabah Trial , Kedah Trial , Perlis Trial , Times , SBP , Pahang Trial [Paper 1] [Paper 2]