MENGULANGKAJI
Tidak keterlaluan jika dikatakan waktunya telah tiba untuk mengulangkaji terutamanya bagi pelajar Tingkatan 3 yang akan mengambil Peperiksaan Menengah Rendah (PMR), dan Tingkatan 5 yang akan mengambil Sijil Pelajaran Malaysia(SPM). Pelajar perlu membezakan di antara "belajar" dan "ulangkaji". Ulangkaji bermakna kita mengharap semua matlumat dan fakta dari nota-nota ringkas dan bukannya menyogokkan fakta-fakta dan maklumat-maklumat baru yang membingungkan.
TEMPOH ULANGKAJI
Ada pakar mengatakan masa mengulangkaji perlu dilakukan selama 3 bulan. Ada yang mengatakan selama 3 minggu. Walau bagaimanapun adalah mustahil untuk mengatakan dengan tepat akan jumlah masa yang perlu diperuntukkan kerana kemampuan seseorang itu adalah berbeza. Tetapi sebagai panduan 6 hingga 8 minggu di saat terakhir peperiksaan merupakan tempoh yang baik untuk mengulangkaji. Ada yang berpendapat selepas peperiksaan percubaan kerana kita telah menamatkan tempoh belajar untuk menghadapi peperiksaan percubaan. Tetapi ada juga yang berpendapat mengulangkaji secara ringkas setiap minggu akan menambahkan keyakinan seseorang itu menghadapi peperiksaan.
No comments:
Post a Comment